Jumat, 01 Februari 2008

PENGALAMAN SEDIH 2

KENYATAAN KHAS WEBMASTER
SURAT TERBUKA UNTUK KEPIMPINAN PAS/BA
Amat jerih dan seribu kepayahan untuk melaksanakan kebenaran. Apa lagi jika niat kita itu ikhlas. Maka pejuang yang sebegini sebenarnya dalam dilema. Mahu terus atau mundur. Namun bukan mudah untuk mundur kerana kita telah berjanji dengan Allah bahawa kita mahu membela agamanya.
Perjalanan di hadapan penuh dengan pancaroba. Pengalaman webmaster sendiri pernah berhadapan dengan kepimpinan PAS Negeri. Kita meminta kepimpinan PAS Negeri membuat kenyataan membidas segala tohmahan UMNo yang jelas menyerongsang hati dan perasaan kita.
Tetapi tiada reaksi dari kepimpinan PAS sendiri. Kadangkala kita bertanya, apakah PAS selama ini berpuas hati dengan apa yang dicapainya selama 42 tahun berjuang menentang UMNo (menentang kekufaran yang berlaku?).
Mungkin ini adalah akibah dari jenis pemikiran. Memang jelas perbezaan pemikiran yang dimiliki oleh kepimpinan PAS. Kita bukan menyatakan otordoksnya pemikiran mereka. Kebanyakan kepimpinan PAS berfikiran sedemikian, bukan kolot!! Saya juga menafikan itu. Mereka sebenarnya cukup ikhlas dalam perjuangan ini. Mereka bertindak jujur kerana mereka tidak serakus UMNo.
Kita yang mengetahui tembelang UMNo selama ini amat 'ngilu' memikirkan saat-saat kehancuran PAS dek permainan dan tipu helah UMNo. Tapi anihnya PAS tidak hancur. Malahan mereka semakin kukuh. Kita memang mahukan kekukuhan itu. Malahan Kadang kala kita sarankan satu idea dan cadangan untuk mengukuhkan kedudukan dan perjuangan parti itu. Tetapi keikhlasan mereka berjuang sebenarnya hanya untuk Allah.
Jika kita kaji manakah wujudnya bangunan PAS selain PAS Taman Melewar di negara ini? Ini isu berlainan. Kerana dalam perjuangan kita memerlukan satu bangunan sebagaimana UMNo untuk berkumpul dengan selesa menyatakan pandangan dan pendirian. Atau untuk perhimpunan tahunan atau disebut Muktamar PAS Tahunan. Kali ini di Terengganu. Tetapi ini tidak dapat dilaksanakan kerana melibatkan kepentingan UMNo. Setiap program PAS akan dicantas walaupun PAS memiliki kelebihan dari segi wang ringgit.
Memang banyak rintihan mengenangkan perjuangan PAS yang sukar difahami. Ini sebenarnya kita tidak ditarbiyah mengikut dasar Ukhuwah Islamiyah. Hati kita berasa sangsi tetapi kepimpinan PAS tidak. Kita risau dengan taktik kotor UMNo, tetapi PAS tetap tidak. Keikhlasan itulah yang Allah bayar kepada mereka dengan kemenangan. Keikhlasan itulah Allah gandakan sebuah lagi negeri untuk pengaruh Islam meluas.
Islam memang bukan tersebar dengan mata pedang. Islam tersebar dengan ilmu dan keimanan. Jika saudara-saudari belum menyertai PAS, apa kata menjadi ahli PAS dan mengikuti beberapa program tarbiyah mereka. Insya-Allah kita akan lebih memahami PAS dan kita meyakini mereka. Pun begitu rintihan dan keluhan pejuang agama yang bersimpati dengan PAS perlu didengari. Surat seperti yang disiarkan di bawah ini seringkali didengari. Diharapkan kali ini kepimpinan PAS sedia mendengar pandangan mereka yang ikhlas berjuang.
Saya rasa sampai masanya kepimpinan PAS memiliki pentadbiran yang lebih kemas untuk mentadbir negara. Saya percaya PAS mampu kerana kita memiliki ramai para pejuang yang simpati dengan perjuangan Islam. Pentadbiran itu sekurang-kurangnya memiliki sebuah pejabat 'virtual' (maya) yang akan menerima cadangan idea serta taktik kotor UMNo menjelang pilihanraya atau bila-bila sahaja. Pejabat 'virtual' mungkin mampu mengatasi segala halangan birokrasi yang dihadapi untuk mendirikan pejabat yang tersergam indah di hadapan mata.
Saya perhattikan tidak semua PAS negeri memiliki laman webnya. Jadi di sini saya ingin mengsyorkan bahawa setiap negeri tubuhlah sebuah pejabat 'maya' yang sedia melayan kehendak rakyat, samada permohonan keahlian atau apa sahaja persis sebuah pejabat sebenarnya.
Surat ini ditujukan kepada seluruh kepimpinan PAS. Marilah kita berganding bahu mulai saat ini agar perjuangan ini lebih mudah jika ditanggung secara bersama....
Kerana Allah Semata-mataPolong Cyber
Assalamualaikum sdr webmaster,Saya cukup terharu setelah membaca tulisan MT, apa yang beliau alami dan tanggapan beliau terhadap perjuangan KeADILan itu, ada kebenarannya. Saya tidak mahu mengulas panjang, kerana hati saya, semangat saya masih menebal dengan perjuangan ini. Saya bimbang hati saya patah dan layu... walaupun bukan itu yang saya perjuangkan selama ini.Berkenaan dengan Sanggang, saya pernah memberitahu PAS berkaitan dengan seorang lelaki UMNO yang diserap masuk bertugas di pondok PAS di Pulai, tetapi tindakan tidak dilakukan. Saya berada selama 4 hari di sana semata-mata untuk membantu BA _ atas tiket perjuangan keadilan, namun apa yang saya lihat, sama spt dakwaan MT. Benar, memang benar. Saya menyeludup masuk ke pondok UMNO dengan ikut serta auntie saya yang menjadi Ketua Wanita UMNO di sebuah negeri - saya cuba lapurkan kedudukan yang sebenar, tapi pandangan saya tidak diterima kerana saya adalah seorang wanita, apatah lagi kerana saya bukan ahli PAS.Apabila saya berada di Bachak, saya mengikuti perkembangan Ali Rustam di sana. Malah saya hadir ketika Pak Lah turun ke sana dan saya tahu perancangan mereka. Tetapi apa tindakan yang PAS ambil apabila saya cuba sampaikan maklumat ini? Saya sendiri mendengar perbualan seorang tokoh UMNO (Majlis Tertinggi) berkaitan dengan permainan jahat mereka, pun tiada tindakan yang dibuat, kerana yang melapurkan itu adalah seorang wanita (atau yang dilihat tiada pengalaman dalam politik, masih dikira muda - mungkin).Saya juga spt MT, turun ke Sanggang dengan rakan-rakan secara sukarela. Spt yang saya jangka, PAS memang akan kalah. Kempen yang tidak bersistematik, tidak teratur dan tidak attack kepada sasaran. Too general - sehingga pada akhir pengundian, ramai pengundi-pengundi PAS di pendalaman (KG Gau) terpaksa naik Van UMNO kerana tidak ada pengangkutan yang membawa mereka ke pondok PAS/tempat pengundian. Akhirnya, siapa yang rugi?????? Ia berlaku di depan mata saya!!!Saya sedih - tapi apa nak buat. Sokong tetap sokong. Tapi mengapa PAS/BA (KeADILan) tidak menyedari hakikat ini semua? Kenapa rasa angkuh? Kita belum lagi memerintah satu Malaysia, yang dua negeri pun kita sudah tidak mampu hadapi pilihanraya kecil.Saya masih ingat pada hari pengundian, seorang Ketua Pemuda UMNO di Pahang tukar pakaian beliau di kereta yang tidak jauh dari pondok PAS di Pulai (depan sekolah), dan pakai jubah. Ketika dia berjalan, penyokong PAS arak dia dan berteriak Allahu Akbar berulang kali tanpa sedar yang beliau adalah ahli UMNO!!!!!Ke manakah arah kita sebenarnya???Salam perjuanganWassalam.

Tidak ada komentar: