Selasa, 05 Februari 2008

HUKUM ONANI

Berikut ini, terjemahkan secara lengkap fatwa Dr. Yusof al-Qardhawi mengenai hukum onani dari bukunya al-Halal Wal Haram Fil Islam, hal. 161.
Semoga terjemahan ini bermanfaat untuk semua.Hukum onani
Adakalanya darah seorang pemuda itu bergelora, lalu dia menggunakan tangannya mengeluarkan mani untuk meredakan ketegangan dan menenangkan gelora syahwatnya. Cara begini dikenali sebagai `al-`adah al-sirriyah’ (onani/istimna’).
Onani diharamkan oleh kebanyakan ulamak. Imam Malik menggunakan dalil dari firman Allah Taala:“Dan orang-orang yang memelihara kemaluan mereka kecuali terhadap isterinya tau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa berkehendak selain dari yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas.” (Al-Mu’minun: 5- 7). Kerana orang yang beronani adalah melepaskan syahwat bukan pada tempatnya.
Manakala Imam Ahmad bin Hanbal pula berpendapat, bahawa mani adalah satu benda lebihan dari tubuh badan. Oleh itu ia boleh dikeluarkan seperti memotong daging lebih. Pendapat ini disokong dan diperkuatkan oleh Ibnu Hazmin. Fuqahak Hanbali mensyaratkan pengharusan onani dengan dua perkara:
Khuatir akan melakukan zina
Tidak mampu berkahwin
Kita dapat mengambil pendapat imam Ahmad ini dalam keadaan gelora syahwat memuncak dan dikhuatiri akan jatuh ke dalam perkara yang haram. Contohnya, seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di luar yang jauh dari negaranya, di mana di sekelilingnya terdapat pengaruh-pengaruh yang terlalu kuat dan dia takut akan melakukan zina. Oleh itu dia tidak berdosa menggunakan cara onani untuk memadamkan dan meredakan gelora syahwatnya dan supaya tidak menjadi melampaui batas dan gelora syahwatnya menjadi ulat.
Namun apa yang terbaik ialah apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang tidak mampu berkahwin, iaitu hendaklah dia memperbanyakkan puasa, di mana puasa itu dapat mendidik keinginan, mengajar kesabaran dan menguatkan taqwa serta muraqabah kepada Allah Taala di dalam diri seorang muslim. Sabdanya:
“Wahai sekelian pemuda! Barangsiapa di antara kamu mempunyai kemampuan, maka berkahwinlah, keran ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa yang tidak berkemampuan, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu baginya merupakan pelindung.”(HR Bukari)
Onani atau masturbasi diharamkan dalam Islam berdasarkan firman Allah (yang artinya): “Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap istri-istri mereka atau budak yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Mu`minuun:5-7, lihat juga Al-Ma’aarij:29-31)
karena onani maka masuk dalam ayat: “Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” (Lihat Tafsir Ibnu Katsir tentang ayat ini)
Dr. Yusuf Qardhawi sendiri justru bermudah-mudahan dalam memberikan fatwa sehingga beliau mengatakan tidak berdosa seseorang yang melakukan onani untuk memadamkan gelora syahwatnya. Fatwanya menyelisihi ayat di atas. Maka kita tidak boleh menoleh kepada fatwa yang menyesatkan. Semoga Allah meluruskan dan meunjukkan kepada kita semua jalan yang lurus. Wallahu a’lam
Tidak ada manusia yang sempurna, Kesempurnaan hanya milik Allah semata. Saya tidak akan menyalahkan orang yang membolehkan onani atau justru melarang dan mengharamkan onani. Tapi yang jelas, itu semua tidak ada gunanya. Mengapa ? Hari ini kita tidak menggunakan hukum islam. Kalau dulu ada pezina , hukum islam dengan tegas orang itu dirajam. Nah, sekarang diidonesia tidak ada hukum itu. Saya sanksi ketika orang melakukan onani atau zina, apa dia bersih dihadapan Allah!!!Tp yang jelas ONANI dilarang dalam islam bagaimanapun bentuknya!!! Trus..gimana kalao ada orang yang telah melakukan onani atau zina…..tenang kawan ada solusinya.Yaitu kalia cepat berhukum islam………memang ada hukum islam. ADA!! Dimana..di Indonesia, Apa itu…..NEGARA ISLAM INDONESIA……Insya Allah ia cikal bakal kekholifahan fil ardhi. Yakinlah…………..disana sudah ada Qonun asasi yang dengan gamblang sudah tertata hukum2 islam beserta sanksinya
Salaam
Adakalanya kita perlu faham, manusia tidak terlepas dari hawa nafsu. Dan bagi yang dah berkahwin mudah la bercakap, tetapi bagi yang bujang terlajak, amat besar godaannya, lebih2 lagi jika mimpi basah tidak kunjung tiba.
Ana tanya antum, mana baik gelora syahwatnya sampai tidak tertahan dan mengganggu solatnya atau dia membuang sahaja lebihan air maninya, bukan utk keseronokan tetapi kerana mahu hindari dari dosa yang lebih besar lagi? Bagi yang terlalu keras hati memang memandang semua itu teruk. Tetapi fikirlah , permudahkan dan jangan kamu persusahkan, berilah berita gembira dan jangan buatkan manusia lari dari mu. Itu antara pesan2 baginda Nabi Muhammad S.a.w.
Ramai pendakwah sekarang membuatkan manusia makin lari, bukannya makin dekat pada agama. Kerana kita terlalu kasar dan tegas, tidak beradab, hingga melampaui batas. Tak takut kah kita apa akan dipersoalkan pada kita nanti?? Mengapa kita buat orang makin lari? Kerana kita terlalu emosional, terlalu merasa diri sendiri baik orang lain semua salah. Hingga sanggup merendah dan mengatakan ulamak besar sesat, astaghfirullah. Sedarlah wahai insan, kita tidak boleh bangga dengan ilmu kita dan merendahkan orang lain. Dan kita tidak boleh percaya membuta tuli pada tuduhan2 apatah lagi tuduhan pada Syekh2 besar sekarang.
Ana tahu ada agenda2 musuh Islam yang mahu memecahbelahkan kita sesama Islam, dengan membuat dakyah2 pelbagai. Hinggakan kita sanggup menghina ulamak2 besar. Islamic Thinkers Library umpamanya, yakin kah anda bahawa mereka itu betul? Mereka itu nabi kah hingga sanggup mengatakan kebanyakan ulamak besar sekarang sesat!!!! Astaghfirullah.
Antum kata antum nak ikut Al Quran, tapi antum tak sedar dalam masa yang sama antum engkar AlQuran, kita semua pun begitu, sama2 dosa belaka, maka sama2 kena nasihat belaka.
Antum tak sedar ke pada ayat “……wa laa tafarrokuu” ? “Jangan kamu berpecah belah. Perselisihan faham adalah rahmat dalam agama, tetapi jangan sampai berpecah belah, kita sesama Islam sekarang sudah mahu berpecah belah, ego dengan pendapat masing2, sudah tidak mempunyai rasa kasih dan sayang sesama Islam. Kita duk bertelagah sesama sendiri, musuh2 Islam semakin gembira dan kuat. Cantik ke apa yang kita perlakukan sekarang??? Kalau ilmu kita tak sepenuhnya faham tentang agama, sebaiknya kita jangan melenting macam harimau sesama Islam. Zaman nabi dan sahabat dulu mana ada melenting2. Peperangan pun berlaku bukan Islam yang cari, tetapi ISlam diserang. Kita tidak diajar untuk menyerang terlebih dahulu. Itu semua akan menyebabkan perpecahan dan kemusnahan semata2. Tafakkaruuu yaa ayyuhal ikhwah!!!!!!
Allahu akbar!!!!!!!! Wallahu a’lam

_lang:'ms',x_dc:'sat',x_adt:'0',x_public:'1',x_gl:'',x_mapped:'0',x_loggedin:'0',x_ads:'yes',x_pagetype:'permalink',x_postage:'365to730'});
addLoadEvent(function(){linktracker_init(647585,49);});

Tidak ada komentar: